//tylia//
lost world of tambun!

Tuesday, May 9 @ 5:26 AM | 0 Comment [s]

Hellooooooo haii guys!! I got something to share with. last Saturday me and Alan had a small trips. Not really a trip tapi I anggap tu trip lah hee. I pergi Lost World of Tambun!! Seriously I really really want to go since I tengok nabil pergi sana untuk wow bersama genki tu hahahaha sebab macam best dia bukan je ada air theme park tapi siap ada mini zoo!!! I love zoo! I am fan of animals. I love animals. So nak dijadikan cerita,,,,

Sebelum ni Alan ada ajak pergi tambun tapi memandangkan I tak kerja I tkde duit so I buat tktahu jelah tunggu I kerja baru boleh pi. Know what after one month dia cakap tu I tengah kemas rumah dah penat semua tetiba I dapat whatsapp dia hantar gambar tiket tambun tu OMOO really b!! I’m so happy and I can’t stop smiling! Aahh I love Alan so much serious happy. Dia ni full of surprises kalau nk tahu. Hahahaha  masa tu awal bulan 4 and yang kami pegi tengah bulan 5 sebab time tu dia busy I pun busy dngan family abang akak balik rumah. So ada masa tu we decide nk pegi hari sabtu. Dia pun keluar IKBN tdor kt rumah kawan dia. Act kalau awak semua nk tahu rumah dia t negeri Sembilan. Kalau dia nk jalan jalan area perak ni dia tidor rumah kawan kawan dia. Ha I cakap kt dia I naik bas je ke sana tnak dia ulang alik amik I pulak kan. So pagi tu I pegi naik bas sampai sana suruh dia amik. Sampai je dia time tu I wore black shirt black shawl dgn blue jeans. Dia sampai dia pun pakai baju hitam macam i. I is cair uollssssss. Terserlah kecomelan dan kehandsomeman dia tu. I love you hahahahaaha cute sangat. Sorry I terlalu admire dia. HAHAHAHA

Then pergi  bfast kt amanjaya tu. Ada kedai mamak makan lah kejap. Dah pukul 1030 cmtu kami gerak pi tambun. Im sooooooo excited!! Sampai je nk masuk gate tu I baca rules dia kena pakai pakaian swimming. Kalau tknak pakai baju jersi seluar kena kainn getah kalau kain macam sluar track tut k boleh. Nasib baik malam tu Alan pesan bawak baju jersi siap siap. I ingat pakai tshirt biasa boleh tapi tak. Kena beli lain. Dalam tambun tu ada jaul baju kain jersi tapi mahal. I tknak bazirkan duit Alan so keluar balik pegi mall cari baju seluar. Baju jersi I bawak tapi tngan pendek. Patu Alan kata bagi dia pakai so cari untuk I seluar dgn baju. Dekat area tambun tu ada giant kami singgah situ cari. Tak ade weh seluar legging. Tanya akak promoter tu dia faham dah kalau orang dtg sini cari seluar or baju fit mesti nk masuk tambun hahaha so dia tolong carikan baju. Ok baju jersi ada dah not really jersi dia macam kain lembut tapi tk cantik. Hahahaha i tenagh kelam kabut pun still nk cari yang cantik. Tapi takpelah Tanya akak tu ada seluar fit tak utk laki dan pempuan akak tu kata takde tk amik stok. Then fikir jap decide pergi pasarayaku dekat area situ jugak. Nasib baik ada!! Jersi tangan panjang pun ada. Beli baju dua seluar I satu tapi seluar fit utk laki tkde takpelah buat tktahu jelah pakai masuk. Dah settle semua masuk balik tukar baju and yayy macam I biasa I still excited mandiiiiiiiiiiiiiii happy happy


Alan ajak pusing pusing theme park tu so pegi lah ada mini zoo! I memang  nk sangat masuk ajak and dia pun paham I suka pegi zoo hahaha dia pun masuk lah tengok. Tahu tak kt zoo ni kebanyakkan tkdak kt zoo tepen. Binatang dia. Ada sangkar ular. Gila tk masuk tengok rugi kot I ajak Alan dia taknakkkkk!! AHAHAHAHAHAHAHA HAHAHAHAHAHA  RUPANYA DIA TAKUT ULAR!!! Ya ampun ayanggg hahahahahahahaa I taktahu pun all this while. I siap pujuk lagi buat muka seposen tapi dia still taknak. Hahahahaha so I pergi lah sorang. I cari ular takde kt kayu kayu tu tengok kt corner bawah cermin tuuuudiaaaaaa besaqqqqqqqq gila kot! Ular sawa rasanya. I tk sempat nk baca detail dia kt tepi tu excited punya pasal. I nmpak ular tu I terkejut siap buat suara “woh!!” terpandang tepi ada mamat ni gelak tengok I punya terkejut tu hahahahaa I pi kt Alan tahu tak dia tengok binatang apa? HAMSTER! Hahahahahahaa dasar penakut. I ajak dia masuk dalam nk share I punya terkejut tu tapi dia still taknak weh sedihh hahahaha I excited sorang sorang je tengok ular. I pun takut ular tapi setakat tengok kt dalam sangkar dia I berani lagi lah kalau nk try pegang ke apa memang tk lah tapi si Alan n ink tengok pun dia tknak. Katanya geli bukan takut. Hahahahaa poyo je padahal takut jugak. Patu beralih ke binatang lain pulak. So kt hujung jalan ni ada pintu gerbang and kt dalam dia macam hutan. I nak masuk tapi baru sekerat jalan Alan tarik tangan tknak masuk. Lah dah kenapa ni patu dia cakap “tu ada ular lah tkyah la” i tk nmpak pun ular I pegi la lagi dekat tapi dia tarik cakap jangan. Hahahaha I cakap tkde ape lah bukan ular lah I tarik dia masuk tengok dekat dekat memang ular hahahahahahaha terus ajak tarik keluar. I kecewa sikit lah sebab nk tengok smpai hujung habis tapi dah dia ni takut sangat patah la balik.dah round satu zoo tu pegi mandi balikkkk berendam naik gelongsor. Ada tiga gelongsor, dua tu gelap satu lagi terbukak, I nk sangat masuk yg gelap tu tapi dia nak yg terbukak tapi dia kata takpelah ikut sayang lah. Naik atas pelampung I duk depan dia duk belakang lepas je org tu tolak ffuhhhh menjerit tk henti I HAHAHAHAHAHAHA dalam dia memang gelap ya amat I tk bukak mata lgsung Cuma bukak mulut je nk jerit hahahahahaha yela mana tk nya, tang kona tu dia zzup terus tekejut memang jerit lah bising suara I je yg si Alan ni duk gelak pulak hahahahahaha vooomm! Laju je turun hahahahaha repeat balik naik gelongsor yg terbukak tu. Kali  ni I tk jerit sngat hahahaha then naik gelongsor yg macam U tu. Yang tu I jerit. Laju nk mampus hahahahahaahaha nasib baik tk terpelanting je tau. 


Then pi berendam balik kt kolam besar tu duk rest jap Alan ajak keluar dah alaaaaa tk puas lagi sebenarnyaa tapi sebab pikir I nak balik naik bas lagi takut bas tkde keluar lahh. I masuk pukul 1230 keluar pukul 330. Tapi rasa macam dh lama sangat mandi. Then tukar baju semua pg makan kt mcd. Sembang2 dah pukul 6. Dia pun hntar I kt amanjaya cari bas pukul 730. Tunggu bas dengan dia tapi I sedih sebab dh nak balik. Rasa macam tknak balik je huhu I pun naik bas tengok dia tepi tingkap tunggu bas jalan dah lah time tu hujan. Drama sangat chuolls hahahhaaha bas pun jalan I tido sampai kt tepen. Patu abah amik balik rumah rest.. sampai je rumah terus  rindu. Ha cane hahahahaaha I really enjoyed that day. Thanks so much kt Alan sebab fulfill kehendak i. I love him. Really love.



HATI

Sunday, May 7 @ 10:47 PM | 0 Comment [s]

Hai, assalamualaikum. 

Kali ni entry bukan pasal kawan atau pakwe. Ini pasal adik beradik. Ramai orang tktahu sebenarnya adik beradik yg umur lebih kurang ni banyak kali bergaduh masam muka. Contohnya i dengan abang i. Dia tua setahun. Masa kecik kecik gaduh tk kisah sebab tkde perasaan. Bila gaduh time besar ni, dah kenal apa itu perasaan, kalau gaduh mesti terkesan kt hati. Sebab apa? Sebab mulut dia macam longkang. Kalau benda tu betul salah i takpa i tk maki balik i diam i jawab sikit2 ja tapi kalau benda yang i tk expect jadi memang maki balik. Sebelum ni i dngan abang i jarang gaduh. Since i tk kerja ni dia macam angin kuat. Sebelum ni gaduh i banyak mengalah sebab i nk jaga hati dia, and dia bnyak menyumbang kewangan kt family i semua. Dia jadi api i jadi air i cakap baik baik(kadang2) sbab i tahu dia kerja. Tapi this time i tk tahan, i jadi panas hati. Sebab dia

I pakai motor harini pegi jogging sekali dngan bfast kawan kelas. Selalu i jogging pagi tkdak apa masalah pun. I dah habis jogging semua lepak kt wakaf nk makan. Baru 2 3 suap makan dapat whatsapp wei hg ktmana? I cakap pi jogging. Patu teros dia bantai i cakap jogging bodoh apa org nk pi keja naik moto! Hgpa rasa kan, hgpa tengah makan ni, patu orang duk buat bebai kt hg, apa perasaan hgpa? Panas hati la kan? I maki balik tkdak keta ka bodoh dia cakap nk guna moto cepat smpai bahasakan diri dia aku. Padahal leta ada kt rumah. Alasan tknak naik keta sebab dia dah lambat nk kejaq masa naik moto senang. I dah keluaq awai dah bertolak ansur la sikit. Aku tengah makan bangang duk bebai kt aku time tengah makan memang aku pantang. Aku balas smooth ja tapi dalam cara maki. Aku dah tk tahan. Sumpah tk larat nk jaga hati. Sumpah. Cakap la aku kurang ajaq ka apa ka aku memang dah tk larat nk jaga hati depa dah. Hati aku ni depa ada jaga? Sekelumit kuman pun tkdak. Main hentam ja cakap tk pikir. Patu ni dia cakap dia kerja kalau aku tk kerja hgpa nk makan apa semua lantak kt hgpa. Dia duk cakap pasal kerja dia. Aku malas nk amik tau dah. Patu balik rumah abah cakap abli mengamuk nk moto tu. Habis tu ingat aku tkdak perasaan bebai ka???? Tengah makan orang mai maki hg. Ingat aku ni orang yg tkdak perasaan ka wei hg nk cakap aku macam2.. 

Aku tktau lah maybe aku tk kerja depa tk suka aku. Tapi apa apa pun tk boleh ke pikir perasaan aku sebagai adik? Tk boleh ke? Hg tk pernah terfikir ke kalau hg cakap macam macam kt aku, aku boleh terkesan hati? 

Dia balik kerja ni kalau dia ungkit pasal pagi tadi memang aku nak cakap habis teros. Sumpah tk larat jaga hati kot😢😢 

Pedihh

@ 10:42 PM | 0 Comment [s]

Hello hai.. Entry kali ni i nk share pasal pakwe boleh tk? Tktahu nk luah kt sapa. Kalau i cerita kt kawan2 depa tkkan paham and i tknak i tk suka crita masalah ni kt kawan..

Semalam, 24hb its our 8 monthsary together. Tapi something bad happen. Firstly, dia ni sibuk dngan game fun run 2 3 hari ni. Duk main dengan kawan kawan dia. I tk kisah lah sebab tk suka sngat kepit 24/7. Act dah 2 malam i tunggu dia nk on call tapi dia balik lewat 3 4 pagi baru nk balik i pun dh tido tkde masa nk on call nk sembang. Then semalam malam dia tengok bola i cht sikit je dngan dia kt wechat. Sebab tahu dia nk tengok bola i tk kacau lah tunggu dia habis tengok i pun tengok tv. Pukul 1240 camtu i masuk bilik dah dengar lagu karoke sorang. Oh sebelum tu pukul 12 dia cakap bateri fon nk habis tunggu dia balik rumah cas so i cakap ok la. Then i tunggu dia sampai pukul 2 tk chat pun lagi. I wechat dia tanya tk balik lagi ke? Dia tk reply. So i bukak ws i tengok dia online. Terus i sedih. First i biarkan dulu i bukak twitter bagai tapi dia tk reply chat i kt wechat. I tengok ws dia online so i ws cakap online tapi tk reply chat☹️☹️emoji sedih semua i buat. Dia cakap dia balik pukul 1 tadi terus cas fon and tknk chat i sebab i tengok tv tknak kacau. I sedih i cakap dh masuk bilik pukul 12 tadi lagi. I sedih i merajuk i suruh dia tido dulu bye sweetdream. Dh i tk reply. Dia pujuk2 sikit i bukak wechat. Sejurus i bukak wechat(sejurus kaww)terus dapat chat pakwe i ni dia kata "TAK DENGAR KE?" Patu dia cepat2 recalled msg tu i sempat la baca kan terus i tanya. "Ape yg tk dengar? U cht sape? Otp dengan sape? U ada org lain ke? Tkpelah tkyah chat i dah" dia cakap kawan, nk tanya besok rumah die ada sape. Terus i tk layaj i sedih i emosi i berayaq mata hm dia call kt wechat call kt whatsapp call kt numbe i tk jawab. Tengah sedih ni patu dia call lagi i angkat. Buat suara rilek padahal tengah nangis ni. 

Dia cakap sayang jngan la macam ni sorry lah ape tu kawan apa bagai lah pujuk2. I diam jap patu dia panggil i nyahut(suara control nangis) dia cakap jngan la cmni sorry lah b mintak maaf semua i diam tkthu nk cakap ape sedih en. I tknk dia tau i nangis tapi hingus leleh i macam tarik la sikit dia cakap sayang nangis ke?!! Sorry lah bla bla pujuk semua. Alamak kantoi lak hingus lah ni salah. Patu i cover la cakap selsema ni. Dia cakap tipu. Sebelum ni ok je. I tersenyum sikit sebab bodo bg kantoi hahaha. Tkde ni selsema betul. Dia still tk pcaye. I boleh dengar lah suara rasa bersalah dia tu. Then i tanya sikit2 UH OH!!!! SORRY TERLEPAS SATU NI. Kan i sedih dia online tapi tk reply chat i kan, dia ada pujuk2 i tu kan. Ha patu dia cakap "marah i ke? Marah i ke tylia? Marah b? Sayang?" Situ i pelik dah sebab dia bahasakan diri dia I. Sebab tk guna dh panggilan tu. OK BACK TO STORY. 

I tanya dia tetiba i tu apadia. Dia cakap yelah kan b cht kawan terchat kt sayang. Lebih kurang la. I tanya kawan laki ke ppuan? Dia ckp ppuan lah tkkn laki panggil i. I diam jap. Tkthu nk cakap gapo. Dia panggil2 i diam patu i cakap kalau kawan knp panggil i? Kawan ke ex? Dia suara takut cakap ye EX. I terus tkleh tahan air mata bercucuran kt bantal. I diam dia panggil2 sorry apa semua i diam i cakap tkpelah bye i off phone. Ya Allah ya Tuhan astarafirullahalazim. Sedih sangat sangat kecewa sedih. Tk kecewa sedih je banyak. Dia call2 lagi i tk angkat voice apa semua i tk bukak. Tapi dia call banyak kali jadi bising i angkat i diam. Dia cakap2 sorry la b kawan je dngan dia tkde apa pun nk tanya khabar semua tu je bla bla bla. Gila! Sapa tk sedih kan bila pakwe cntc balik dengan ex EVEN DEPA KAWAN SEKALIPUN. Siap call lagi pulak. Sial lah. Dia tk stop cakap b sayang kt syg b ada sayang sorg je b tk curang pun b mintak maaf semua.Tapi i tk marah langsung pun semalam. I cuma sedih je. Tk sangka. I percaya dia 100% even duduk jauh. I tahu dia tkkan buat benda camtu sebab i know he love me very much. 

Tapi ternyata salah tekaan i. Before this pernah cakap kt dia. I tk kisah kalau dia nk berkawan dengan sesiapa pun, SESIAPA pun. Sebab i trust him. I pun lupa nk cakap KECUALI EX. Dia ingat sesiapa tu ex mesti boleh punya sebab dah jadi kawan. AKU TK KISAH LAH HG DAH JADI KAWAN KE TK BUT STILL SHE IS YOUR EX!! Hgpa pernah berkongsi kasih ber iloveyou ber missyou ber muahmuah. Tanya prempuan lain kalau pakwe depa cntc ex depa balik EVEN DAH JADI KAWAN SEKALI PUN DEPA JEALOUS TK? DEPA MARAH TK? DEPA SEDIH TAK? Ffuh betul main jiwa. So i pun diam dia explain everything i diam tktahu nk cakap ape i tanya lah kenapa cntc balik semua tah dia jawab ap i tk ingat. I banyak diam patu dia pulak melenting cakap b pujuk b explain semua sayang tk respon ingat b ni kayu ke? WEI FUCK HG EXPECT AKU NK CAKAP TAHNIAH KE SEBAB HG CONTACT BALIK EX HG TU? HG EXPECT AKU NK TANYA KHABAR EX HG TU KE APA?? Tapi i tk cakap la cmtu kt dia HAHAHA i pendam je sebab nk jaga hati. Patu tetiba line putus. I ws dia cakap sayang dh ok pi la tido esok nk balik perak dah.(sebab dia nk balik ikbn seri iskandar naik moto takut ngantuk i risau lah hehe risau lagi walaupun sakit hati) tapi dia cakap i buat dia mcam kayu. Dia cakap suka hati i lah nk elok ke tk terpulanglah. B dah pujuk semua explain tapi tkde respon. Takut pulak b melenting tetiba stg. Woah i naik angin la dia cakap cmtu. Sebelum dia melenting i melenting dulu. I cakap aku dah ok. Tadi je aku emosi sikit. Tkpelah hg nk cntc balik ex hg tu pi lah aku dh tknk amik tahu. Harap bahagia. Kali ni betul i marah. Dia ckp yelah aku dh pujuk tp hg buat macam aku kayu. I time tu perkataan BREAKUP bermain di minda. I cakap ok, senang cerita camni,(baru nk taip kita buat haluan masing2) dia call terus. Tk sanggup latu nk baca hahaha

Dia call dia tanya ha senang cita apa? Wah dia tanya i cakap senang cita buat hal masing2. Hg hal hg, aku hal aku. Patu dia cakap nk buang ja semua ni? Ok mmg salah aku semua salah aku. Dia pulak yg emo. Patu i cakap apa tah i pun lupa tapi bahasakan diri aku hg lah. Patu dia cakap yelah sayang tu respon la b dh pujuk semua. I still aku hg. Dia cakap b tknk sayang anggap b teruk semua. Tknk nanti besok sayang macam tknak kt b tknak sayang kt b dah. B tknak camtu. B sayang kt hg tau. Hm b tau b teruk semua.. I pulak kesian. Patu dh lama tu i pun penat sedih dah sejam setengah jugak lah nk settle. I pun slow dh tk sedih then ok sikit i mengantuk kan lepas nangis rasa mengantuk i pun lelap mata. Fon biar call sampai bateri habis. Then bangun tadi i rasa macam tk best sebab selama tempoh 8 bulan kawan TAK PERNAH langsung gaduh pasal kantoi cntc ex. Gaduh benda lain ada lah tapi pasal ni tk pernah lagi. I tktahu la nk cakap dia cheater ke apa hm sedih. Dh percaya bagai nk rak, rak patah hm. Sorry hambar. 

Dia bangun cht i reply biasa2 je kesan semalam tu ade lagi. Then ade ws kjap pukul 2 tadi i cakap i bosan abg pi gig abg sorang lagi dating. Dia tetiba "tk marah ke?" "Tengok la tv sayang" em perempuan kan. Overthinking lagiiiiii. I tanya ape yg tk marah? Dia voice tapi cakap benda lain. Tk jawab i tanya hmm. Sumpah sedihh😔😔😔😔😔dulu i percaya dia 100% and now dah 80%... Hm cukup la i diperbodohkan almost one year dulu. I tknak bnda ni jadi lagi.. 

I sedihh. I sayang dia. Tapi hm takpelah tengok lah macam mana lepas ni. Anything i update sini. Xoxo

I AM BACK GUYS!!!!!

Friday, March 17 @ 6:52 AM | 0 Comment [s]



Hello hai blogger!!!!! I miss you all!!!! Missing youuu so much!!! Missing my blog!!!😭😭 Almost 3 years weh tk buat entry baruuu huuu i takde laptop kt rumahhh sebab tu tak update pape. So tadi i saje search blogger kt app store tengok tengok ada weh! I pun apa lagi install lahh!! Tahu takkk all this while i merepek melalut kt mana? Kt notes!! Banyak i buatt dahh i cerita pasal life i. So dah ade blog balik ni i update sini jelah kan!! Wahh tk sabar nak penuhkan entry with my life!!❤️ For those yang follow yang baca i dah unofficially 20 now!! And my name is still lagi Tylia hahahhaaha taknak bagi nama penuh👅👅 I AM SOOOO EXCITED!!!!!! 

Ok untuk first entry ni, i share sikit about me yelah dah 3 tahun tk update news kan! Hahahaha first of all, i tk buat apa apa now i menganggur and i am looking for a job tapiii, tk start mencari lagi. I ni macam menunggu je kerja tu datang. Hehe oh oh happy new years gais! Tk sempat wish baru update😝 I sekarang tngah menghabiskan borehh(beras) je i masak i lah makan patu menghabiskan duit abah abang. Huhu tk guna i kt rumah ni act😝😝Abah sihat, abang sihat uh ohh!! Mesti tktahu lagi kan, i dah ada anak sedara!!! Namanya Zaara Nur Rania dah masuk 2 tahun!
So.. This is my niece comel kan kan macam acu dia hokhok! Know what, in 4 months later i will get another niece. Kakak i pregnant!! Dah nk masuk 6 months haaaa tk sabar gilezzz!! And i lagi tk sangka yang kakak dah kawin and dah pregnant pun hahahaha cepat je masa berlalu. Depa scan maybe dapat baby boy, tapi kakak rasa girl hahahaha dont know lah what and see nanti.

My 2 brothers is working now so lambat lagi depa tu nak kawin. I? Lagi lah lambat lagi. Boyfriend ada tapi i tk harap pun dia will be my husband sebab macam awal lagi je nk fikir kawin hahahaha. Sayang memang lah ada je niat dia tu nak kawin tapi tak serious sebab masing masing tahu muda lagi and dia pun student skg so i tk give any hopes kt dia :) next entry nanti i share pasal dia okay❤️ and last my twinnie, i rasa dia kawin dulu hahahaha sebab, her boyfriend skg tknk cakap lah perfect sngat. Job dah ada rupa ada  maybe tahun depan kot jadi👅👅 siap dah jumpa abah i tahu nak mintak restu untuk 'berkawan' takpe dia nak kawin lagi baik, i happy lahh! Tak sabar nk tengok orang sekeliling i kawin!😊😊 

Apa yang i nak cari sekarang is, lifes goal :) ada job ada kereta ada savings. Rumah tu fikir lain. Wish me luck!! Night guys😚


Older Post
The Owner

hi all

/tylia/


Navigations!

Diary About Stuff Site


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : tyliakma

Best View at GOOGLE CHROME!